Jom Semak Baki RM500 Tambahan PEMERKASA+ Yang Mula Dikreditkan Hari Ini

Dalam inisiatif PEMERKASA yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 3.0) bernilai RM 1,000  kepada PKS yang layak telah pun dikreditkan mulai 10 Jun lalu.

Walaubagaimanapun, baki tambahan berjumlah RM 500 hanya disalurkan mulai hari. 

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan bayaran GKP iaitu dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan
GKP.

Maklumat akaun bank juga berdasarkan maklumat terkini yang telah dikemas kini
oleh penerima berstatus Gagal Kredit pada pembayaran GKP.

Pembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.

Cara Semakan Status Bayaran GKP 3.0 Tambahan RM500

Semakan status pembayaran GKP 3.0 boleh dibuat di portal rasmi GKP
(https://gkp.hasil.gov.my).

Makluman tentang semakan status GKP 3.0 akan dipaparkan setelah pengguna Log Masuk ke akaun masing-masing yang telah didaftarkan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Geran Khas Prihatin LHDNM https://gkp.hasil.gov.my/ dan Media Sosial Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia.

Ahasa

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”