Nick Jonas Ganti Adam Levine Dalam THE VOICE 2020!

Selebriti Hollywood, Nick Jonas baru-baru ini telah diumumkan beliau bakal menggantikan  vokalis Maroon 5, Adam Levine dalam rancangan realiti popular The Voice 2020 pada musim terbaharu akan datang.

The Voice 2020 yang dijangka mula bersiaran pada 24 Februari 2020, turut menampilkan Nick Jonas, Kelly Clarkson, John Legend dan Blake Shelton sebagai jurulatih.

 

Menerusi laporan Variety, Nick juga berazam untuk menjadi jurulatih yang terbaik sekaligus mberharap bakal bergelar juara musim terbaharu ini.
“Saya tidak sabar untuk membantu para peserta mengasah bakat, mencari identiti nyanyian mereka serta menjuarai program ini,” jelasnya di Variety.
Terdahulu, pengunduran Adam Levine selepas 16 tahun daripada rancangan tersebut disebabkan beliau ingin menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap karier seninya.
Syafiqa Irdina