Sudah Bergelar Bapa, Uniknya Nama Anak Baim Wong!

Pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong kini bergelar bapa selepas isterinya melahirkan bayi lelaki, semalam.

Menurut Baim, isterinya Paula Verhouven selamat melahirkan anak mereka di Hospital Bunda Jakarta, Menteng, Jakarta menerusi pembedahan. 

“Saya pada awalnya mahu melahirkan secara normal tetapi kedudukan bayi yang tidak ideal jadi doktor menyarankan menerusi pembedahan. Prosesnya lancar,” kata Paula di sidang media yang diadakan di hospital. 

Sementara itu, Baim turut mengumumkan nama anaknya, Kiano Tiger Wong.

“Namun begitu, saya dan isteri akan menetapkan nama akhir ketika membuat surat beranak.   

“Dia (Paula) sebenarnya sudah okay. Namanya Kiano Tiger Wong,” sambungnya. 

Sementara itu, Baim memberitahu Kiano membawa maksud beruntung dan cerdas. 

“Beruntung seperti saya berjumpa Paula buat pertama kali,” ujarnya. 

Tahniah Baim Wong & Paula atas kehadiran cahaya mata sulung!- Tribun Seleb.

SGMS Faida