Tokti Latih Aafiyah Jadi Penyanyi?

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menarik perhatian ramai apabila menyampaikan lagu Ku Bersuara dendangan asal penyanyi, Ernie Zakri melalui aplikasi Smule.

Yang lebih istimewa…kedengaran suara anak Siti iaitu Siti Aafiyah di penghujung lagu yang dinyanyikannya itu. 

Nyanyian Siti turut mendapat perhatian dari Ernie yang memuji nyanyian Siti itu, lebih-lebih lagi kerana penampilan khas Aafiyah melalui ciapan di Twitter. 

“Love, love, love! Paling best sebab ada Aafiyah,” tulis Ernie di akaun Twitter miliknya. 

Ingin melihat video tersebut? Klik saja di bawah! 
 

Del14