Categories: Hiburan

Nikah Diam-Diam? Mana Ada, Saya Masih Single

Boleh senyum dah nampaknya jejaka-jejaka di luar sana selepas Ayda Jebat mengaku dia masih single dan masih belum dimiliki sesiapa. Wah, ramailah yang masuk line lepasni nampaknya!

Baru-baru ini, adik kepada penyanyi genit ini melangsungkan majlis pertunangan di rumah keluarga mereka. Ayda yang memuatnaik gambar pertunangan itu membuatkan ramai netizen menyangka majlis pertunangan itu untuk pelantun ‘Pencuri Hati’ ini.

“ Saya dihujani panggilan telefon serta pesanan ringkas dalam laman sosial gara-gara gambar majlis pertunangan yang berlangsung minggu lalu. Ramai ingat saya melangsungkan pertunangan secara mengejut, selain berahsia mengenai majlis bersejarah itu. Malah, sebahagiannya beranggapan dia bernikah senyap-senyap.

“Saya masih solo dan belum dimiliki sesiapa,” katanya majlis berkenaan ialah acara pertunangan adik perempuannya, Sabira.

Tambah anak kelahiran Merlimau, Melaka itu, bukan setakat diri, bahkan ibunya turut menjadi tumpuan dan dihubungi banyak pihak bertanyakan perkara berkenaan.

“Berikutan perkongsian gambar terbabit, mama juga terpaksa menjawab panggilan dan pesanan bertalu-talu masuk ke telefonnya,” kata bintang Pinjamkan Hatiku itu.

Menyentuh pertunangan Sabira, Ayda tumpang gembira dengan jodoh yang lebih dulu menyapa adiknya. Dia turut percaya, semua orang sudah ditentukan jodoh masing-masing.

“Sebagai kakak, pastinya saya tumpang gembira dan mahu melihat adik saya bahagia bersama orang tersayang. Giliran saya nanti dulu, sampai masa pasti akan tiba juga,” katanya yang bakal muncul dengan single terkini tidak lama lagi.

Sumber: BH Online

SGMS Putri