Categories: Hiburan

Aktor Glee Ditemui Mati Gantung Diri

Bagi penggemar siri muzikal televisyen, Glee, kematian Mark Salling sudah tentu memeranjatkan! Pelakon ini ditemui mati dengan menggantung diri, awal pagi semalam. Memetik laporan TMZ, peguam mendiang memberitahu Salling ditemui mati sebelum beliau dikenakan hukuman kerana memiliki bahan pornografi kanak-kanak.
“Saya mengesahkan Mark Salling meninggal dunia awal pagi ini. “Mark seorang yang budiman, penyayang, kreatif dan melakukan yang terbaik bertanggungjawab terhadap kesalahan dan kesilapan pertimbangannya,” kata peguamnya, Michael Proctor.

Salling berdepan hukuman 7 Mac ini selepas mengaku bersalah memiliki bahan pornografi kanak-kanak dengan persetujuan pendakwa raya.
Beliau ditahan, lewat 2015 dan didakwa pada 2016. Pihak berkuasa dilaporkan menemui lebih 50,000 imej dan video pornografi kanak-kanak kebanyakannya perempuan pada laptop dan cakera keras milik beliau.
Dalam siri Glee, Salling melakonkan watak Noah Puckerman iaitu seorang pemain bola sepak di luar zon selesa ketika menyertai kelab sekolah menengah. Menurut TMZ, beliau pernah cuba membunuh diri pada Ogos lalu.
SGMS Putri