Noh Hujan Bersyukur Lagu Ciptaan Jadi OST Filem

Wow, Siapa agaknya artis yang tak gembira bila lagu ciptaan sendiri menjadi pilihan sebagai runut bunyi sebuah filem pada September ini.

Bersyukur dengan pemilihan tersebut, Noh mengakui sebelum ini lagu ciptaannya berjudul Renjana dan Sang Penikam pernah menjadi pilihan beberapa produksi filem Indonesia. 

” Sebelum ini, beberapa lagu saya pernah dipilih untuk menjadi runut bunyi untuk filem di Indonesia. 

” Tetapi, saya bersyukur akhirnya lagu saya terpilih menjadi runut bunyi filem tempatan selepas Nabila Huda mencadangkan nama saya untuk menghasilkan lagu dalam filem tersebut. Alhamdulillah!” Katanya ketika ditemui pada sidang media di Gasket Alley, baru-baru ini.

Namun, sedikit cabaran dalam menghasilkan lagu ini kerana, vokalis kumpulan Hujan ini hanya diberikan poster untuk mengetahui keseluruhan cerita filem tersebut.

Salma Syahbuddin