Noor Nabila Mohon Doakan Kebahagiaannya Bersama Engku Emran

Kakak kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila berharap pengikutnya terus mendoakan kebahagiaan dirinya bersama suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Menurut Nabila, kini dia sedang menikmati kehidupan yang diimpikan sebagai isteri selain memegang tanggungjawab membesarkan dua cahaya mata.

“Alhamdulillah sudah hampir setahun kami melayari bahtera rumah tangga, namun saya akui perjalanan ini masih panjang.

“Cuma saya harap orang luar dapat doakan yang terbaik untuk kebahagiaan kami sekeluarga. Saya bersyukur dipertemukan suami yang sangat positif serta penyayang.

“Saya seronok dengan kehidupan sekarang. Selain melayan keletah Jebat Jayden, saya juga sangat menyayangi Aleesya yang sudah saya anggap seperti anak sendiri,” katanya.

Nabila turut menyatakan sambutan Aidilfitri tahun ini begitu bermakna apabila dapat meraikan bersama-sama.

“Tahun ini saya memilih tema warna biru untuk pakaian pada satu Syawal lalu. Alhamdulillah kami dapat berkumpul pada hari yang cukup bermakna.

“Jayden juga sangat seronok apabila dapat duit raya daripada saudara-mara. Tambah pula, tahun ini kami dapat keluar menyambut hari raya,” katanya.

Noor Nabila dan Engku Emran telah mendirikan rumah tangga mereka pada 19 Mac 2021.

Sumber: Harian Metro

Fatin Nurain