“Nur Latifah Cherdiq Hanania, Sangat Unik & Cantik”- Nama Bayi Johan & Ozlynn Raih Perhatian

Selepas genap 21 hari melahirkan cahaya mata keenam, pasangan selebriti popular, Johan dan Ozlynn akhirnya mengumumkan nama anak bongsu mereka iaitu Nur Latifah Cherdiq Hanania.

Perkara itu dikongsi oleh pasangan selebriti ini menerusi muat naik di laman Instagram mereka malam tadi.

“Alhamdulillah genap 21 hari, lahirnya Nur Latifah Cherdiq Hanania iaitu pada hari Jumaat yang indah pada 3 September,” katannya.

Menurut Ozlynn, dia dan suaminya yang juga pelawak dan penyampai radio terkenal, Johan bersepakat memberikan nama yang telah disimpan sejak tujuh tahun lalu itu kepada anak keenam mereka.

Malah, Ozlynn juga sempat memanjatkan kesyukuran di atas kurniaan yang paling istimewa buat keluarganya disamping turut mendoakan agar mereka yang belum diberi kesempatan mendapatkan zuriat supaya jangan berputus asa dan sentiasa bersangka baik kepada Allah.

“Nama yang telah disimpan 7 tahun dahulu akhirnya dapat juga kepada pemilik sebenar.

“Syukur kepada Allah kami diberikan peluang merasa nikmat sekali lagi, bermata panda dimalam hari. Berebut siapa nak mengendong baby. 3 putera dan 3 puteri. Akhirnya suami kata ok cukup takat ini.

“Kepada kesayangan kami yang masih belum punya rezeki, jangan putus asa, sentiasa bersangka baik pada Allah. Kadang tanpa kita sedar ada nikmat lain yang Allah bagi. Semoga ada rezeki kalian.”Jelasnya.

Sementara itu, rata-rata peminat pasangan ini membanjiri ruangan komen dan memuji nama bayi yang diberikan sangat unik dan cantik.

Salma Syahbuddin