Categories: Trending

Tawar Hadiah RM10,000 & Kereta Myvi, Jangan Lupa Saksikan Grand Finale Hot FM Roda & Ringgit!

Kempen yang ditampilkan oleh Hot FM yang telah bermula sejak awal September lalu, kini telah tiba ke kemuncaknya. Saksikan Grand Finale Hot FM Roda & Ringgit pada 25 September ini, bermula jam 3 petang ini.

Pendengar yang telah berjaya menjadi pemanggil terpantas dan memberikan tagline Hot FM iaitu Kini Lebih Muzik yang Hangat telah diberikan akses secara automatik untuk menyertai Grand Finale Hot FM Roda & Ringgit.

Menerusi Grand Finale Hot FM Roda & Ringgit, hadiah utama yang akan diberikan kepada pendengar yang bertuah adalah sebuah kereta Myvi. Mereka akan berentap untuk menentukan siapakah yang bakal membawa pulang kereta Myvi berkenaan.

Acara ini akan berlansung secara digital menerusi platform Zoom bersama pendengar yang terpilih untuk menyertai Grand Finale Hot FM Roda & Ringgit.

Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran berkata, tujuan utama kami menganjurkan kempen Hot FM Roda & Ringgit ini adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang menyokong Hot FM.

“Ini menjadi tanda terima kasih kami atas sokongan yang tak berbelah bahagi. Selain itu, kami juga berbesar hati untuk memperuntukkan RM10,000 untuk diberikan kepada pendengar bertuah.

“Paling istimewa, kami juga menyediakan hadiah utama berupa sebuah kereta Myvi. Oleh itu, kami di Hot FM berharap dapat memberikan yang terbaik untuk anda,” katanya.

Di samping itu juga, pendengar Hot FM yang lain boleh menyaksikan secara langsung, Grand Finale Hot FM Roda & Ringgit ini menerusi Facebook Live Hot FM bermula 3 petang bersama-sama Rakyat Rangers, Fara Fauzana, AG & Fad dan menyaksikan persembahan istimewa daripada artis-artis terkenal antaranya Dolla dan Wany Hasrita.

Di samping itu juga, Grand Finale Hot FM Roda & Ringgit membawakan kumpulan terkenal dari Indonesia iaitu Nidji.

Oleh itu, pendengar setia Hot FM boleh terus kekal mendengarkan Hot FM dan tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan Grand Finale Hot FM Roda & Ringgit.

Hot FM boleh didengar menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura; 92.4FM Kuantan; 105.1FM Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban; 90.5FM Taping; 105.0 Kuala Terengganu.

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Hot FM secara live streaming di www.hotfm.audio dan YouTube Hot TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 serta Twitter @hotfm976 dan Whatsapp di 017-302 8822. Dengarkan juga Hot FM menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Padin