Nurul Shuhada Kongsi Perbualan, Anak Perempuan Hafidz Roshdi Persoal Sebab Bapa Berlaku Curang? – “Kenapa Abah Choose…”

Anak perempuan kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Humairah, 6, meluahkan rasa sedih apabila bapanya memilih wanita lain berbanding keluarganya sendiri.

Menerusi perkongsian Nurul Shuhada di Instagram Story, dia berkongsi perbualan bersama puterinya yang mempersoalkan sama ada kelakuannya ada kaitan dengan tindakan bapanya yang berlaku curang.

Di dalam perbualan tersebut, Humairah hairan bapanya lebih memilih untuk bersama wanita lain yang digelarkan sebagai perempuan jahat.

“Humairah: Ibu, sister (Humairah) anak tak baik ke?

“Shuhada: Kenapa sister cakap macam tu sayang?

“Humairah: Ibu, sister ada buat mistakes ke?

“Shuhada: Eh tak lah..kenapa ni? Sister sad ke?

“Humairah: Ibu, kenapa abah tak choose sister, Umar and ibu? Kenapa abah choose bad girl?,” kongsinya.

Namun begitu, Shuhada hanya menjelaskan bahawa dia akan sentiasa bersama kedua-dua anaknya dalam apa jua keadaan.

“Shuhada: Sayang ibu, apa pun jadi, ibu dengan Umar tetap dengan sister sampai syurga, kita masuk syurga sama-sama ye sayang?

“Humairah: (cry),” ujarnya.

Maya Basir