Nurul Shuhada Tutup Bisnes Biskut Selepas Lebih Sebulan Dilancarkan, Netizen Komen: “Harga Produk Awak Mahal, B40 Tak Mampu Beli”

Umum mengetahui isteri kepada Pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri menceburi bidang perniagaan dengan menjual biskut di bawah jenamanya sendiri iaitu Shelup Shelup Satu Tak Cukup sejak lebih sebulan lalu.

Terkini, Shuhada menerusi hantaran di Instagram memaklumkan bahawa perniagaan biskut tersebut terpaksa diberhetikan atas beberapa faktor.

Menurut Shuhada, terdapat pelbagai dugaan dan ujian sepanjang dia memulakan perniagaan biskut tersebut.

“Patut Shu give up atau teruskan dengan benda baru?

“Semua tahu Shu launch Shelup Shelup sebelum puasa haritu. Shu start Shelup Shelup sebab Shu nak hidupkan impian Shu berdikari dan jadi orang hebat macam korang semua. Dalam masa yang sama Shu nak semua rasa keunikan idea makanan Shu .

“Tapi, bila start operation Shelup Shelup, Shu berhadapan dengan macam-macam ujian and dugaan walaupun ni normal dalam dunia business, tapi Shu Nampak, Shu kena simplify business Shu untuk bergerak lagi jauh and untuk Shu upscale lagi,” kongsi Shuhada.

Sehubungan dengan itu, Shuhada turut memaklumkan dia telah berhenti mengambil pesanan daripada pelanggan sejak semalam dan akan memberi fokus kepada produk baharu.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warganet memberi pelbagai reaksi dengan memberi nasihat dan sokongan terhadap keputusan Shuhada tersebut.

Malah, sesetengah warganet turut mendakwa harga biskut yang dijual dikatakan agak mahal kerana mencecah RM179 dan berharap produk seterusnya akan dijual dengan harga mampu milik.

Sebelum ini, harga biskut yang dijual isteri Hafidz Roshdi itu menjadi pertikaian dalam kalangan netizen kerana dikatakan terlalu mahal.

Nurul Shuhada mula mendapat perhatian selepas kisah rumah tangganya bersama Hafidz kecoh gara-gara wujudnya orang ketiga.

Khairil Khusyairi