Nyanyian Disebalik Topeng Semakin Mantap, Ramai Terkejut Perubahan Vokal Nabila Razali

Penyanyi Nabila Razali tampil meraih pujian dalam kalangan warganet selepas mendengar perubahan besar dalam nyanyiannya sejak kebelakangan ini.

Terbaharu, finalis Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38) ini telah menggayakan Maskot Teratai ketika menyertai sebuah program realiti nyanyian untuk menyembunyikan identitinya sekali gus meraih pujian juri setiap minggu.

Sebelum ini, Nabila kerap dikecam netizen kerana dianggap tidak boleh menyanyi dengan baik ketika live.

Terkejut dengan perubahan vokalnya, rata-rata pihak juri program tersebut turut memuji dan kagum dengan nyanyiannya yang dikatakan semakin mantap.

Hasil tinjauan XTRA, rata-rata netizen turut memuji perubahan positif pada nyanyian Nabila selepas identitinya dalam program tersebut didedahkan.

Dalam perkembangan lain, Nabila bakal beraksi di pentas AJL38 membawakan lagu Selagi Ku Ada duet bersama Khai Bahar yang bakal berlangsung pada 3 Mac hadapan.

Fatin Nurain