“Onz Outfit Dia…” – Bersenam Pakai Dress Labuh, Aina Abdul Curi Perhatian

Penyanyi Aina Abdul yang sering mencetuskan perhatian orang ramai dengan berpakaian ‘dramatik’ dan di luar kotak pemikiran sekali lagi berjaya mencuri tumpuan dengan mengenakan sepasang dress labuh ketika bersenam di gimnasium.

Menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, Aina berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya sedang bersenam dengan berpakaian dress labuh dan tudung berwarna hitam.

Perkongsian video tersebut menampakkan kegigihan penyanyi berbakat besar itu dalam menjaga staminanya sebagai persiapan untuk konsert A Night With Aina Abdul 2.0 yang akan berlangsung pada 25 dan 26 Jun nanti di Istana Budaya.

 

Apa yang menarik perhatian, Aina kelihatan cukup memberi tumpuan terhadap senamannya dan kelihatan sangat selesa dengan pakaian dress longgar tersebut.

Sehubungan itu, ramai wargamaya yang terhibur dan tidak kurang juga yang kagum dengan pakaian Aina semasa melakukan aktiviti tersebut sehingga ada yang menyifatkan pakaian tersebut adalah patuh syariah.

Rata-rata rakan artis dan peminat meninggalkan komen yang lucu dan positif mengenai cara Aina berpakaian ketika melakukan senaman di gimnasium tersebut. Antara artis yang singgah di ruangan komen perkongsian video tersebut ialah Alif Satar, Sherry Ibrahim dan Catriona Ross.

 

Terdahulu, Aina Abdul menjadi bahan bualan warganet saat menggayakan busana ‘pokok bunga’ dan ‘trofi Grammy Award’ di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36. Di anugerah itu Aina juga berjaya merangkul dua anugerah iaitu Vokal Terbaik dan Anugerah Penyanyi Pilihan Popular.

Atiqah Johari