Oppa K-Pop Nyanyi Lagu Raya, Sedap Ke?

Issac, anggota kumpulan K-pop IN2IT nyata mendapat perhatian peminat setia K-pop di Malaysia apabila dilihat menyanyikan lagu selamat Hari Raya nyanyian asal, Allayarhamah Datuk Syarifah Aini menerusi aplikasi Vlive baru-baru ini.

Apa yang menariknya, Isaac kelihatan begitu teruja menyanyikan beberapa baris lagu tersebut.

 

Bagaimanapun, video tersebut nampaknya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang melabel nyanyian tersebut sebagai satu percubaan yang baik bagi seorang yang berasal dari negara Korea.
Isaac juga sering mendapat pujian daripada peminatnya kerana begitu merendah diri dan tidak jemu menceritakan tentang keistimewaan Malaysia kepada anggota kumpulannya.
Terdahulu, Isaac juga merupakan anak Malaysia berasal dari Sabah yang berjaya menempa nama sebagai penyanyi K-Pop di Korea Selatan.
Salma Syahbuddin