Ozlynn Pening Bila Johan Minta Tambah…?

Pelakon Ozlynn mendedahkan Johan meluahkan hasrat untuk menimang satu lagi cahaya mata dan berharap supaya cahaya mata tersebut adalah seorang bayi perempuan walaupun sudah mempunyai 5 orang anak iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq supaya mereka mempunyai 3 anak lelaki dan 3 anak perempuan. Barulah adil dan saksama!

“Ehh ehhh orang tua nih..dia ingat aku nih kilang biskut?? Tekap dapat tekap dapat..” tulis Ozlynn dalam entri di Instagram miliknya. 

Ozlynn kemudian melontarkan soalan kepada pengikutnya dan meminta pendapat mereka tentang permintaan suaminya itu. 

“Kalau korang kan…patut ke aku dengar cakap laki aku suruh mengandung lagi?

“Korang suka tak anak ramai? Aku suka tapi tanggungjawab kena seiring la. Jangan reti beranak je pastu anak terbiar…

“Untuk aku nak nak beranak ramai ke sikit ke bergantung pada individu..ada orang cakap anak ni pun rezeki jugak.. 

“Iye anak rezeki..jadi kena jaga..tanggungjawab kita bukan setakat besarkan, bagi makan pakai. Tanggungjawab kita besar sebab anak-anak ni wujud sebab kita yang nak..Allah dah bagi, jangan diabaikan. 

“Nak mendidik kita perlu membimbing..bukan mengarah.  Banyak aku belajar..setiap anak banyak benda baru aku dapat. Dengan anaklah aku belajar segalanya,” tulis Ozlynn.

Walaupun membesarkan dan mendidik anak itu penat, menurut Ozlynn ianya berbaloi dan dia bersyukur kerana mempunyai anak yang ramai. 

Namun demikian, dia khuatir jika pada usia yang tua, anak-anaknya masih di dalam alam persekolahan dan sama ada dia sempat untuk melihat anak-anaknya berkahwin. 

“Aku kalau boleh tak mahu umur 50 anak aku masih sekolah lagi. Aku suka fikir banyak benda, macam sempat ke tengok anak kahwin,” ujarnya lagi.

 Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty binti Ismail mendirikan rumah tangga dengan Johan Raja Lawak pada 25 Julai 2009 di Masjid Lembah Jaya, Ampang.  

Meriah!! Foto dari IG @jozlynnhanania

Kredit Foto: Instagram @jozlynnhanania

Del14