Categories: HiburanSelebriti

Padam Atau Tunggu Surat Saman, Zara Zya Beri Amaran Kepada Penulis Blog

Susulan sebuah artikel yang dimuatnaik di sebuah blog, pelakon yang kini sibuk di set penggambaran Pia, Zara Zya dilaporkan berang apabila dikaitkan dengan fitnah.

Menerusi Instagramnya, Zara terkejut dengan artikel bertajuk ‘Hari Kekasih Kantoi Leher Zara Zya Penuh Love Bite?’ yang disifatkan cubaan menjatuhkan reputasinya sebagai pelakon. Zara turut memuat naik sebuah kenyataan yang menulis sepuluh perkara berhubung hal ini.

” Kenyataan fitnah tersebut langsung tidak berkaitan dengan Isi kandungan artikel tersebut. Zara percaya blogger tersebut cuba mendapatkan populariti murahan dengan tajuk-tajuk sensasi namun ianya jelas satu fitnah dan menjatuhkan nama baik zara.

” Tajuk tersebut jelas memberikan gambaran negatif dan menimbulkan salah faham sekiranya pembaca hanya membaca tajuk tanpa membaca isi kandungan seluruhnya,” tulis Zara yang dimaklumkan tentang hal ini oleh beberapa peminatnya. 

Menurut pelakon berusia 34 tahun ini, peguamnya iaitu Dato’ Hifdzi Hamzah menyatakan bahawa tajuk tersebut jelas satu bentuk fitnah yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.

” Zara meminta blogger tersebut memadamkan posting tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam masa 3 hari atau zara akan mengambil tindakan undang- undang bagi membersihkan nama baik dan reputasi zara.

” Fitnah tersebut turut memberikan kesan buruk kepada imej keluarga dan perniagaan Zara,” tegasnya. 

Sementara itu, Zara berharap hal ini tidak akan berulang lagi di mana ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan populariti artis untuk kepentingan peribadi.

Malah, Zara turut memberi amaran kepada pemilik blog berkenaan agar membawa turun wajah pelakon Zarina Zainuddin yang dijadikan sebagai muka depan artikel berkenaan. 

SGMS Faida