Padam Gambar Suami Di IG? Status Rumah Tangga Mawar Rashid Cetus Tanda Tanya

Selepas mengambil keputusan untuk melepaskan hijabnya pada Oktober lalu, pelakon dan usahawan, Mawar Rashid sering menjadi tumpuan setiap kali dia memuat naik hantaran menerusi platform media sosialnya.

Terbaru, pelakon drama Tundukan Playboy Itu mencetuskan tanda tanya, apabila foto bersama suaminya, Raf Yaakob kelihatan telahpun dipadam di platform berkenaan.

Malah, hanya beberapa posting iklan sahaja yang tinggal membabitkan pasangan tersebut.

Namun, berdasarkan pemerhatian XTRA menerusi hantaran di Instagram milik Raf, dia kelihatan masih menyimpan beberapa foto miliknyaisterinya termasuklah posting iklan melibtakan mereka berdua.

 

Sebelum ini, isu rumah tangga Mawar dan Raf didakwa sedang bergolak selepas dia mengambil keputusan untuk tampil ‘free hair’.

Bagaimanapun, penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley tampil membidas kenyataan tersebut dan menegaskan rumah tangga adiknya tiada masalah.

“Sebenarnya tak ada pun. Sebab saya memang sangat rapat dengan Raf dan dia bercerita apa saja dengan saya. Kami sangat rapat. Jadi saya tahu tiada masalah pergolakan rumah tangga.

“Yang seronoknya, Raf pun semalam baru balik umrah kan. Saya tanya bagaimana (rumah tangga), dia cakap semua okay. Sebab dia memang jenis sangat ‘open’ dengan saya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Itu Pilihan Peribadi Dia
” – Ambil Berat Isu Mawar Rashid Buka Tudung, Fazley Yaakob Jawab Dakwaan Rumah Tangga Adik Sedang Bergolak

ARTIKEL BERKAITAN:Kongsi Video Menangis, Mawar Rashid Tak Dapat Tahan Sebak Kenang Nasib Rakyat Palestin -“Mana Perikemanusiaan Anda!”

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Buka Tudung, Mawar Rashid Tampil Buka Mulut – “Sungguh Semua Dah Berlaku Tapi Saya Masih Berusaha Jaga Hubungan Dengan Allah”

Salma Syahbuddin