“Padanlah Permaisuri Agong Pun Tutup Akaun!” – Datin Alyah

Berang dengan sesetengah komen netizen di entri instagramnya baru-baru ini, Datin Alyah atau nama penuhnya Noor Hasliah Abu Hasan telah menyindir segelintir dari mereka sebagai ‘busuk hati’. 

 

Penyanyi yang terkenal dengan lagu “Sesal Separuh Nyawa” itu menyelar netizen di instastory nya apabila perkongsian fotonya bersama keluarga suami, Dato’ Ramli MS mengundang komen-komen bersifat ‘sarcastic’ mungkin kerana kisah status rumahtangganya pernah tular suatu ketika dahulu. 

 

 

“Post pic sedih kene hentam, post pic happy pon tak boleh…agaknya korang ni memang nak tengok orang terjun gaung ke apa??? Patutlah Agong (Permaisuri Agong) pun tutup akaun…Dunia…Dunia. Ramainnya orang yang busuk hati Subhanallah..”luahnya.

 

 

Macam tu lah manusia kadang-kadang. Yang buruk tu lah yang dia ingat. Rumahtangga mana yang tak ditimpa  masalah…adatlah tu. Mungkin masa tu Datin Alyah muda lagi dan tak fikir kesannya..tapi kalau suami isteri dah berbaik-baik, kenapa kita masih nak ungkitkan perkara lama? Barang yang lepas jangan dikenang. Netizen doa je lah yang baik-baik ok?

Del14