Pakai Baju Ketat & Tindik Hidung, Netizen Dakwa Masya Masitah Culture Shock

Penyanyi, Masya Masyitah menerima kecaman hebat pengikutnya selepas memuat naik sebuah gambar beserta video memaparkan pakaian tidak melambangkan wanita berhijab.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Masya atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff memuat naik foto dengan menggayakan dua jenis baju berwarna hitam dan merah jambu di hantaran berbeza namun pemilihan bajunya mengundang pelbagai reaksi netizen.

Pelantun lagu Remuk itu memakai baju tanpa lengan yang berlubang di bahagian dada dan dipadankan dengan inner berwarna putih.

Difahamkan, beberapa keping foto dan video tersebut adalah untuk mempromosikan single baharunya berjudul Simpanan.

Tidak habis disitu, penyanyi kelahiran Kedah itu turut mengenakan subang pada hidung yang digayakannya bersama baju hitam paras dada dipadankan dengan inner berwarna hitam.

Meninjau di ruangan komen kedua-dua hantaran tersebut, ramai dalam kalangan netizen yang mendakwa Masya seakan ā€˜culture shockā€™ apabila menggayakan fesyen kurang bersesuaian dengan imej wanita berhijab.

Rata-rata netizen terkejut melihat fesyen penyanyi versatil yang fasih berbahasa Cina itu dan Masya didakwa semakin seksi selepas namanya kian terkenal.

Dalam pada itu, ada juga segelintir daripada mereka yang berkata Masya kini telah berubah dan mereka lebih gemar melihat dirinya dahulu yang manis dipandang.

Mereka turut menyebut nama penyanyi Wany Hasrita sebagai contoh terbaik dalam menjaga imej wanita berhijab meskipun namanya sangat dikenali peminat seni tanah air.

Aqilah Paharuzi