Terpaling Juara: RM5,000 Milik Rahmad Mega, Hattan Guna Kuasa Veto… Ini Recap Konsert Pertama!

Konsert pertama Terpaling Juara yang diacarakan oleh Haziq Hussni dan Shiha Zikir berlangsung dengan meriah malam tadi di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Bersiaran secara langsung di TV3, Terpaling Juara mempertaruhkan tiga kapten, Akim Ahmad, Hael Husaini dan Naim Daniel yang merupakan penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik yang berbakat besar serta pemilik trofi Anugerah Juara Lagu (AJL) di anugerah paling berprestij.

Menerusi program yang menampilkan Datuk Hattan dan Fauziah Latiff selaku juri tetap ini, tiga kapten akan membimbing seorang penyanyi senior dan seorang bintang baharu untuk menjayakan persembahan mingguan yang bertemakan #PlaylistAJL.

Di minggu pertama ini, tiga penyanyi senior, Hazami, Rahmad Mega dan Ifa Raziah bersama tiga penyanyi junior, Shaz (Shazreen Shaharum), 26, Aqmal (Aqmal Ramdan), 26 dan Aqeesh (Aqeesh Aleeya), 18, menonjolkan bakat mereka sebelum diberikan kepada kapten masing-masing.

Minggu pertama:

Aqeesh – Gilalah (AJL29, nyanyian asal Stacy)

Rahmad Mega – Bayangan Gurauan (SFMM8, nyanyian asal Mega)

Shaz – Cinta (AJL36, nyanyian asal Marsha Milan)

Ifa Raziah – Sangkar Cinta (SFMM11, nyanyian asal Ziana Zain)

Aqmal – Nur Kasih (SFMM10, nyanyian asal Slam)

Hazami – Mungkir Bahagia (AJL21, nyanyian asal Hazami)

Sebelum konsert berakhir, Hattan menggunakan kuasa veto untuk mengubah pemilihan penyanyi yang bernaung di bawah tiga kapten.

Hattan memilih semula penyanyi yang pada asalnya ditetapkan oleh pihak produksi.

Pemilihan awal:

Kapten: Hael Husaini – Shaz (penyanyi junior) & Hazami (penyanyi senior)

Kapten: Naim Daniel – Aqmal (penyanyi junior) & Aqeesh (penyanyi junior)

Kapten: Akim Ahmad – Ifa Raziah (penyanyi senior) & Rahmad Mega (penyanyi senior)

Pelantun lagu Mahlihai Syahdu ini membahagikan setiap kapten mendapat seorang penyanyi senior dan seorang penyanyi junior.

Pemilihan Hattan:

Kapten: Hael Husaini – Shaz (penyanyi junior) & Rahmad Mega (penyanyi senior)

Kapten: Naim Daniel – Aqmal (penyanyi junior) & Ifa Raziah (penyanyi senior)

Kapten: Akim Ahmad – Aqeesh (penyanyi junior) & Hazami (penyanyi senior)

Di akhir konsert pengenalan Terpaling Juara ini, persembahan mantap Rahmad yang menyampaikan lagu Bayangan Gurauan menjadi pilihan juri dan penonton.

Persembahan terbaik mingguan diumumkan dalam segmen Terpaling Padu Minggu Ini.

Pemenang ditentukan dengan 70 peratus markah juri tetap dan 30 peratus markah undian atas talian di www.xtra.com.my/terpalingjuara.

Diumumkan sebagai Persembahan Terbaik, Rahmad berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5,000.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Terpaling Juara setiap Ahad, jam 9 malam di TV3.

Terpaling Juara juga dapat disaksikan dengan strim langsung secara definisi tinggi di laman portal video www.tonton.com.my

Gunakan tanda pagar #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

Padin