Baru-baru ini, kecoh seketika apabila pelakon popular, Aedy Ashraf dan Amelia Handerson memadam semua gambar mereka bersama di akaun media sosial masing-masing.
Tindakan kedua-dua selebriti ini secara tidak langsung memberi bayangan kepada peminat bahawa hubungan mereka kini sudah berakhir.
ARTIKEL BERKAITAN:Kisah Cinta Bersama Amelia Henderson, Aedy Ashraf Ambil Keputusan ‘Kunci Mulut’
Namun, lain pula ceritanya kali ini, apabila Aedy meluangkan masa bersama-sama pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha ketika kedua-duanya hadir menyaksikan konsert kumpulan Coldplay yang berlangsung di Stadium Wembley, London baru-baru ini.
Malah, kemesraan kedua-dua pelakon ini juga jelas terpancar menerusi beberapa foto yang dimuat naik di Instagram milik mereka.
Perkara ini secara tidak langsung menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan peminat yang mendakwa kedua-dua pelakon ini sedang menjalin hubungan cinta.
Sementara itu, ada juga segelintir peminat yang tampil menegur tindakan Aedy atau nama sebenarnya, Mohammed Addy Ashraf Rosmadi, 28, agar menghormati ‘hubungannya’ bersama Amelia sebelum ini memandangkan isu ‘putus’ itu baru sahaja berlaku.
Tidak kurang juga, ada netizen yang turut mengecam tindakan kedua-dua pelakon ini yang didakwa tidak menjaga batas pergaulan antara satu sama lain.
Bagaimanapun, Daiyan mahupun Aedy nampaknya tidak membalas sebarang komen yang ditinggalkan oleh kebanyakan netizen terhadap dakwaan mengenai status hubungan mereka.
Difahamkan, sebelum ‘terbang’ ke London, mereka berada di New York, Amerika Syarikat bagi pelancaran sebuah produk jenama terkenal.
Bagus Aslam, rajin cari rezeki untuk dua isteri!
Bukan kesalahan perempuan aje tau!
Abby Abadi reda menerima ujian ini.
Wah, mesti best kan!
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..
Kita tak rasa apa yang isteri Caprice lalui..