Categories: Trending

“Muka Mommy Dia” – Genap Sebulan, Ayie Floor 88 Kongsi Wajah Puteri Sulung

Menyambut kelahiran puteri sulung pada bulan lalu, Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie dan isteri kini berkongsi wajah anak pertama selepas sebulan dilahirkan.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, bayi sulung itu diberi nama Nayla Amanda Binti Nik Fadlee.

“Assalamualaikum. Harini genaplah sebulan umur puteri sulung kami “Nayla Amanda”.

“Alhamdulillah. Dengan ini saya kongsikan wajah Amanda,” tulis Ayie.

Menerusi perkongsian isteri Ayie pula, Tasha meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya dan bayi.

“Alhamdulillah! I just gave birth to beautiful baby girl on Friday, 22.07.2022 at 3.17pm, weighing 3.18kg and 51cm at length.

“I’m in extreme pain Allah sahaja yang tahu sebab dapat merasa Normal & Czer haha but it was all worth it,” tulis Tasha.

Pasangan ini selamat bergelar ibu bapa kepada seorang anak cahaya mata perempuan yang lahir pada pukul 3.18 petang di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 22 Julai 2022.

Ayie Elham, 24, sah bergelar suami kepada Nur Natasha Ahmad Nawawi, 23 pada 21 oktober tahun lalu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut serta ada yang mengatakan wajah bayi mengikut wajah ibunya.

Sumber: Instagram ayieelhamf88 tashaawie

Khairil Khusyairi