Pakai Tudung Pun Masih Terima Mesej Lucah, Zizi Kirana Bengang!

Oleh: Zaara Talita

Berimej sopan sepanjang bulan Ramadan, Zizi Kirana tidak memahami sikap segelintir lelaki yang masih menghantar mesej berbaur lucah kepadanya.

Zizi menyifatkan lelaki-lelaki terbabit sebagai golongan ‘cacat otak’ dan kurang adab apatah lagi tidak menghormatinya sebagai wanita.

“Saya perhati saja jantan-jantan ketandusan dan cacat otak yang masih meninggalkan komen di posting saya mahupun memberi mesej peribadi yang entah apa-apa.

“Sedangkan saya menjaga cara pakai saya dan berhijab sepanjang bulan Ramadan. Golongan lelaki seperti ini sememangnya mempunyai masalah,” luah Zizi.

Sementara itu, pelantun lgu Nak Ke Tak Nak itu meluahkan rasa syukur kerana berjaya menyempurnakan penampilan bertudung sepanjang bulan yang mulia itu.

Katanya, imej itu hanya permulaan untuk dia membiasakan diri menutup aurat selain dalam usaha mahu menjadi wanita Islam yang sempurna.

SGMS Faida