Bapa Tegas Alasan Faradhiya Masih Solo Sampai Sekarang?

Pelakon dan  penyanyi Faradhiya mempunyai banyak sebab kenapa dirinya masih solo sehingga kini.

Selebriti jelita berusia 34 tahun ini mengakui bapanya tegas dalam menentukan bakal calon suaminya itu nanti.

“ My dad is fun tak garang pun. Dia hanya mahu yang terbaik untuk diri saya. Betul orang kata, orang tua lebih tahu apa yang terbaik untuk anak-anak dia. Mereka boleh nampak apa yang kita tidak nampak.

“ Orang muda selalu tak fikir panjang. Yang dia fikir suka je, yang buruk semua kita tolak tepi dengan harapan orang tu akan berubah tapi jarang berlakulah. I love u Dada,” ujarnya di Instagram.

Soalnya lagi, siapa agaknya yang berjaya menawan hati bapa kesayangannya itu nanti? 

Pasti beruntung lelaki itu, maklumlah Faradhiya ini cantik dan pandai memasak pula tu.

SGMS Faida