Panas! Akhirnya Fathia Latiff Berubah

Selepas pelbagai kontroversi yang menimpa diri pelakon ini pada tahun lepas, Fathia kini mengambil keputusan untuk terus bangkit dalam menjalani kehidupannya. 

Kali ini, Fathia mengambil keputusan untuk mendalami ilmu agama dengan serius. Bagi Fathia, dengan mendekatkan diri kepada-Nya akan membuatkan dia terus istiqamah dalam menjalani kehidupan. Malah, isu viral yang melibatkan beliau menjadi perhatian ramai menerusi Bigo Live, isu membuka hijab dan datang lambat ke lokasi penggambaran dijadikan satu rujukan agar dirinya itu tidak mengulangi kesilapan yang sama.

 

“Saya bukan cuba nak jadi alim. Dekatkan diri dengan agama maksud saya untuk lebih memahami agama dan kehidupan. Dulu saya selalu sibuk dengan lakonan dan bila berhijrah pun saya belum pergi cukup dalam lagi untuk memahami agama. Jadi sekarang masanya. Saya harap terus istiqamah dengan apa yang saya lakukan.”

Menerusi laman instagram beliau, Fathia kini dilihat menjalani kehidupannya dengan baik dan teratur.

Malah, baru-baru ini beliau dipuji netizen kerana mempunyai suara yang sedap ketika menyanyikan lagu cover version berjudul Sakit.

Salma Syahbuddin