PANAS! ARTIS ASAL PERAK INI TERLIBAT ISU DADAH

Semalam satu akhbar telah melaporkan bahawa seorang pelakon dan pelawak sebuah program relaiti tv telah ditahan polis apabila pihak polis telah menemui dadah jenis ganja seberat 7.5 gram beserta alat-alat keperluan untuk menghisap dadah dikediamannya semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superitendan Mohd Roy Suhaimi Sarif berkata, tangkapan tersebut dilakukan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Wangsa Maju berdasarkan maklumat.

Pihak polis menjumpai peralatan yang digunakan untuk menghisap dadah

 

Dalam serbuan tersebut, pihak polis telah menjumpai alat mengisar daun ganja yang dpercayai dibekalkan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Sapek. Pihak polis juga memberitahu bahawa, pelakon yang berusia 26 tahun itu mengambil dadah dan mendapat bekalan tersebut sejak 6 bulan yang lalu. 

“Lima anggota menyerbu sebuah rumah di Taman Melati susulan maklumat sebelum menemui seorang lelaki di kediaman berkenaan. Lelaki berkenaan kemudian mengambil sendiri sebuah beg kain berzip berwarna unggu dari bawah meja di runag tamu rumah. Beg berkenaan mengandungi satu botol plastik lutsinar berisi ranting dan daun kering disyaki dadah jenis ganja dianggarkan seberat 7.5 gram.”

Namun, menerusi satu carian di media sosial, ramai netizen yang menyatakan bahawa pelakon dan pelawak yang dimaksudkan itu adalah Faiz daripada Kumpulan Tapaw. 

Salma Syahbuddin