IZREEN AZMINDA NAIK ‘HANTU’

Hidup itu jangan biadap!’ luah Izreen Azminda berang.

MasyaAllah! Siapa lah gerangan yang membuat Izreen, 32.  panas hati ni?

Ya lah! Mana dia tak melenting apabila ada individu yang memuat naik gambar anaknya yang dikatakan seiras wajah anak Amar Baharin dengan Amyra Rosli.

Sebelum Amar menikahi Amyra, Izreen dan Amar menjadi bahan gosip dan usikan netizen sebagai teman mesra.

Jadi, apabila gambar membandingkan wajah anak Izreen ketika bayi dengan anak Amar  yang kononnya seiras, apa sebenarnya yang mahu dibuktikan oleh si pengirim?

Kredit gambar: Instagram Izreen Azminda.

Mempertahankan tuduhan tersebut Izreen menulis:

Saya berkahwin dengan  bekas suami 30.8.2012 dan anak saya lahir pada 13.07.13.. Kalau anak orang lain apa jadahhhhnya bertahun tahun dlm perot!!!

Izreen menyedari hal tersebut selepas seorang pengikut Instagram  si penfitnah itu menghantar gambar perbandingan anaknya itu kepadanya. Jadi sudah tentulah pelbagai ayat-ayat panas terpacul daripada bekas pengacara ‘Mahligai Cinta’ musim ke 3 itu.

Namun terbaharu, hati Izreen nampaknya sudah tenang dan sejuk apabila dia memuat naik gambarnya mendakap anakya Muhammad Adrian Umar, 4 tahun, hasil perkahwinan yang dibina selama dua tahun dengan bekas suami, Muhammad Riza.

“Allah lebih mengetahui,” katanya.

Izreen bertemu jodoh buat kali keduanya dengan pemuzik bebas, Muhammad Radzi Wahid atau Ude pada bulan Ogos tahun lalu setelah hidup sebagai ibu tunggal sejak tahun 2014.

Bersabarlah Izreen ya! 

SGMS Fas