Categories: FeaturedOh Lawa

Lipstick Anda Patah Dua? Ini Cara Mudah Untuk ‘Cantumkan’ Semula Guna Lighter

Alamak! Nak pilih lipstick yang sesuai dengan kita punyalah susah! Jadi bila dah patah, mesti anda akan fikir dua tiga kali untuk buang atau simpan; lebih-lebih lagi kalau lipstick itu mahal!  Sayangnya nak buang! 

www.makeupandmacaroons.com

Kalau simpan pun, bolehlah pakai lagi, tapi anda kena pakai dengan menggunakan lip brush. Lecehnya!

Tapi kalau anda guna cara yang mudah ini, anda boleh cantumkan semula bahagian yang patah itu dengan bahagian lipstick yang masih ada dalam bekasnya.

Macam mana ye? Pakai lighter je!

Ini caranya:

Mula-mula, cairkan sikit bahagian lipstick yang patah itu dengan menggunakan lighter. Sikit-sikit je tau! Jangan cairkan semua pula. Hati-hati jangan sampai terbakar pula jari anda!

www.cosmopolitan.com

Kemudian, sambungkan bahagian yang patah itu dengan bahagian yang dicairkan tadi. Adjust betul-betul sampai straight. Kalau nak pastikan ia lekat betul-betul, halakan api lighter tu ke sekeliling bahagian tepi cantuman lipstick tadi.

www.cosmopolitan.com

Bila dah puas hati, masukkan tube lipstick tu ke dalam freezer untuk beberapa minit. Nanti ia akan keras kembali ke bentuk asal.

www.cosmopolitan.com

Senang je kan?

Lepas ni, kalau lipstick anda patah, bolehlah cuba teknik ini. Tapi ingat! Hati-hati apabila menggunakan lighter tu!

Sumber: www.allure.com

Ad Ops