Panas! Ini Realiti Sebenar Kehidupan Sajat

Kepada peminat dan netizen yang selalu mengikuti perkembangan usahawan cantik ini melalui instagram beliau, korang kini boleh mengikuti bukan sahaja aktiviti harian beliau malah, realiti kehidupan sebenar Nur Sajat sebagai selebriti media sosial yang penuh dengan kontroversi.

Bukan itu sahaja, episod kedua ini turut menampilkan aktiviti Sajat di bangunan Wisma milik beliau. Wow! nampaknya ini adalah kali pertama Sajat mengajak krew produksi dan peminat menyelongkar aktiviti beliau di sana kan?

Terkini, episod vlog terbaru mula bersiaran di tonton bermula 30 Mac, jam 12 tengah hari. Peminat boleh menyaksikan kemeriahan sambutan hari lahir Sajat yang turut dihadiri oleh rakan selebriti seperti Dato’ Aliff Syukri dan Fasha Sandha bersama rombongan tahfiz muda.

Wah! kalau sambutan hari lahir mestilah ada kejutan-kejutan yang bakal menyusul, betul tak? Nak tahu apakah agaknya kejutan-kejutan itu korang bolehlah layari portal kami di www.tonton.com.my! Dan, untuk mengetahui update terkini mengenai episod seterusnya jangan lupa layari www.xtra.com.my

Salma Syahbuddin