PANAS! NAFI HALANG SUAMI JUMPA ANAK – DIANA DANIELLE

Pelbagai spekulasi timbul sejak beberapa hari ini apabila adik Farid Kamil, Fadzil Zahari mengeluarkan kenyataan bahawa abangnya itu mengalami tekanan perasaan dan masalah mental kerana rindukan anak-anaknya. 

Susulan isu tersebut, Diana Danielle tampil memberikan penerangan bahawa dia tidak pernah menghalang atau melarang sama sekali suaminya itu berjumpa dengan anak-anak nya.

 

Diana hanya meminta bantuan ibunya apabila beliau keluar bekerja sahaja. Dan dalam tempoh itu, Farid boleh sahaja untuk berjumpa dengan anak-anaknya iaitu Muhammad dan Aurora.

“Disebabkan saya bekerja, saya tinggalkan dua anak saya di bawah jagaan ibu. Rumah ibu hanya setingkat bawah rumah saya iaitu di kondominium yang sama. Dia boleh berjumpa anak-anak dengan mudah kalau dia mahu.”

 

Pelbagai kenyataan mengenai isu ini semakin tular dan sedikit sebanyak mengganggu kehidupan pasangan ini. Namun, apa yang dapat peminat lakukan adalah terus memberi sokongan moral kepada artis kesayangan mereka.

 

 

Salma Syahbuddin