PANAS! SAFIEY ILLIAS GADUH SIAP TAMPAR BABY ARA?

Kalau sebelum ini Safiey Illias hangat dengan kontroversi konon nya beliau bakal mengumumkan sesuatu pada tarikh 31 Disember yang lepas, kali ini Safiey sekali lagi hangat diperkatakan apabila video gaduhnya bersama Baby Ara tular dimedia sosial.

Sumber : beautifulnara

Didalam video berdurasi 35 saat itu, kelihatan Safiey Illias dan rakan-rakannya termasuklah Fara Mendoza sedang berhadapan dengan Baby Ara yang juga merupakan seorang pengamal media sosial sedang bergaduh. Dan, Safiey Illias jelas kelihatan merakan video pergaduhan tersebut. 

Semasa pergaduhan tersebut terjadi, salah seorang rakan Safiey Illias telah datang dan menampar Baby Ara. Kemudian, keadaan menjadi semakin kecoh apabila orang sekeliling mula meminta mereka bertenang dan beredar dari kawasan tersebut.

Namun, ada beberapa sumber mengatakan punca sebenar mereka bergaduh adalah disebabkan Baby Ara telah merakam dan meng-viral kan video Safiey Illias menari tak ingat dunia semasa tahun baru lepas.

Apapun yang terjadi antara Safiey Illias dan Baby Ara, kita tunggu sahaja statement yang bakal dikeluarkan oleh mereka nanti okay!

Salma Syahbuddin