Categories: LIFESTYLE

Kongsi Puncanya Terjadinya ‘Stretchmark’ Kepada Ibu Hamil

Seorang doktor, Muhammad Eizat telah berkongsi proses terjadinya garisan striae gravidarum ini atau lebih dikenal sebagai ‘stretch mark’ melalui akaun Twitternya.  Garisan ini tidak mengancam dan sehingga kini tiada lagi cara untuk mencegahnya.  Namun dengan pelbagai produk yang ditawarkan difarmasi, mungkin boleh mengurangkan tapi pasti akan tetap kelihatan walaupun pudar.

Ni namanya STRIAE GRAVIDARUM

Tanda regang yang terjadi semasa kehamilan berpunca daripada regangan fizikal pada kulit.

Walaupun kulit kita anjal dan boleh mengembang/mengecut, semasa tempoh peningkatan berat badan mendadak, tetapi kulit tak sempat untuk membuat penyesuaian. 

Jika badan mengembang terlalu cepat daripada kulit, ia akan ‘mengoyakkan’ kulit dan meninggalkan parut, atau tanda regangan

Tanda regangan ni biasanya ada sekitar trimester ketiga kehamilan. Ia bermula dengan garisan-garisan pink atau tanda-tanda di kulit.

Tanda regang akan ‘membesar’ dan jadi lebih panjang dan luas secara perlahan-lahan dan warnanya boleh menjadi semakin pink ataupun ungu Apabila semakin ‘matang’, warnanya mula pudar menjadi putih pucat atau berwarna coklat2 sikit
SGMS Enal