Categories: HiburanSelebriti

PANAS! SAJAT DEDAH IDENTITI SEBENAR

Walaupun beberapa hari ini nama Sajat begitu popular setelah dikatakan menjadi fenomena pada AJL32, kali ini kes yang melibatkan identiti dirinya itu sekali lagi menjadi tumpuan. 

Nur Sajat Kamaruzzaman telah memaklumkan kepada JAKIM mengenai identiti sebenarnya. Dan, pendedahan itu telah dibuat pada 16 Januari lalu iaitu ketika pertemuan pertama beliau dan kedua ibu bapanya bersama Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan di Wisma Nur Sajat di Shah Alam. 

Menurut Sajat, dia telah mendedahkan identiti sebenarnya kepada Dr Mohd Izwan pada pertemuannya itu. 

Namun, menurut laporan satu portal hiburan, Mohd Izwan telah mendakwa dihalang oleh ‘pihak ketiga’ daripada pihak Sajat untuk meneruskan laporan tentang siasatan bagi mengesahkan identiti sebenar beliau. 

Lantas, Mohd Izwan dalam satu kenyataannya pada 19 Januari lalu berkata, pihak JAKIM bersetuju untuk Sajat melalui beberapa proses bagi mengesahkan identiti sebenar beliau walaupun ia akan mengambil masa selama sebulan.

Salma Syahbuddin