Categories: Fab Foodies!LIFESTYLE

TIPS KEKAL SIHAT DI TAHUN BAHARU CINA

Bila tiba saja perayaan Tahun Baru Cina, bermakna musim limau mandarin pun mulalah menjelma! Siapa sini gemarkan buah limau mandarin?

Limau mandarin memang kaya dengan Vitamin C, memang elok untuk dijadikan snek wajib kamu. Tetapi, AWAS! Adakala limau mandarin boleh menjemput sakit tekak dan batuk. Tak salah untuk kamu ‘pulun’ limau mandarin tapi makan dengan cara yang betul…

Dr Rosli Abdul Jalil berkongsi sedikit tips untuk kekal sihat di musim perayaan Tahun Baharu Cina ini, jom baca!

Kenapa pengambilan limau dalam kuantiti banyak boleh mengundang sakit tekak?

Pengusaha buah-buahan ada menggunakan sejenis bahan kimia iaitu ‘Sulphur Dioxide’ yang mana buah limau akan direndam terlebih dahulu. Ini bagi melindungi buah-buahan berkenaan rosak akibat dijangkiti bakteria atau kulat. Buah dapat bertahan lebih lama dalam bungkusan kotak sebelum dipasarkan!

Jadi, sebelum kamu excited nak kopek limau mandarin dekat tangan tu, sila basuh dan rendam untuk beberapa minit terlebih dahulu. Basuh menggunakan air bersih dengan betul! Lebih elok sekiranya kamu memakai sarung tangan ketika mengopek limau. Tak susah kan? Amalkan ya. Beraya dalam keadaan tidak sihat memang tak best. Remember guys, prevention is better than cure!

 

Sumber: Mingguan Wanita

SGMS Faida