“Pantang Jumpa Mic” – Spontan Menyanyi Di Pusat Beli Belah, Peminat Puji Suara Shaheizy Sam

Pelakon Shaheizy Sam Abdul Samad, 40, tampil dipuji oleh peminat selepas melihat gelagatnya menyanyi secara spontan di sebuah pusat membeli belah, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, isterinya, Syatilla Melvin telah merakam aksi Sam yang sedang menyanyikan lagu Masih Aku Terasa nyanyian kumpulan Gersang di Aeon yang dikunjungi mereka.

“Pantang jumpa mic dia ni. Tengah-tengah Aeon pun dia boleh buat. Kita takkan terpisah Insya Allah🤍,” tulisnya.

@samtilla82Kita takkan terpisah insyaallah🤍

♬ original sound – SyatillaMelvin

Melihat perkongsian tersebut, rata-rata peminatnya meluahkan rasa kagum dan memuji kemerduan suara aktor itu di ruangan komen.

Terdahulu, Sam pernah tampil dengan beberapa buah single iaitu I Love Mummy, Bangun dan Beginilah Caranya.

Fatin Nurain