Seronok Layan Kerenah Adik, Telatah Lara Alana & Lyla Amina Jadi Tumpuan

Gelagat anak pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya, Lara Alana dan Lyla Amina sekali lagi mencuri perhatian warganet, baru-baru ini.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, rata-rata warganet meluahkan rasa terharu mereka melihat gelagat Lara melayani adiknya, Lyla ketika sedang bermain bersama.

“Besar dah Lara Alana, sekarang main dengan adik dah,” tulisnya.

@kopipanas2uBesar dah Lara Alana, sekarang main dengan adik dah.

♬ original sound – Kopi Panas

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya teruja melihat perkembangan terkini kedua-dua anak pasangan selebriti itu.

“Teringt lagi cerita LOL ..Lara Oh Lara. Aku dah tua ek?

“Allahu Lara dah besar.. Kejap je macam baru lagi kecil.. Cepat betul masa berlalu..

“Lara suara Scha.

“Suara dia pun dah macam mak dia,” komen warganet.

Fatin Nurain