[VIDEO] Neelofa Kongsi Tips Mata Segar Untuk Bangun Solat Tahajjud

Pengacara dan usahawan, Neelofa berkongsi caranya untuk tidak mengantuk bagi mengerjakan ibadah solat sunat Tahajjud.

Menerusi perkongsian di TikTok @lofa.world, Neelofa mendedahkan tips untuk terus segar selepas bangun semasa membuat ‘live’ di Instagram bersama pelakon Puteri Sarah.

“Satu lagi tips kalau anda semua nak bangun solat Tahajjud dan rasa segar, saya kalau ambil wuduk masa basuh muka, mata ni saya akan tekan dan gosok.

“Ni memang betul. Kalau letak air dan betul-betul gosok pada bahagian mata ni, memang terus macam button switch on switch off tu terus segar.

“Selalu kalau ada yang bangun tu ada yang masih mengantuk dan masih blur tu, tekan mata kuat-kuat sikit dengan air,” ujar Neelofa.

@lofa.world nanti boleh try tips ni,insyaAllah sama² yea🥰🥲🤍 #Neelofa #fypシ #FYP ♬ original sound – lofa.world

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih kepada Neelofa diatas tips yang diberikan.

Malah, ada juga yang memberikan tips mereka tersendiri untuk melawan rasa mengantuk.

“Alhamdulillah. Akak mandi awal pagi terus. Lepas tu wudhu. Insya-Allah. Allah bimbing kita.

“Alhamdulillah. Ciri-ciri ahli syurga yang menghidupkan malam.

“Oh and kalau baru bangun kita pun baca doa bangun tidur lepas tu gosok dekat muka. Insya-Allah memang tiba-tiba rasa tak berat badan. Try it,” kongsi netizen.

Maya Basir