Hiburan By: SGMS Faida June 30, 2019 @ 11:30pm

‘Papa Selamat Ditemui, Terima Kasih Orang Gerik!’- Zahid Baharuddin

Selepas memaklumkan berita kehilangan bapanya sebentar tadi, penyanyi Zahid Baharuddin memaklumkan bapanya, Baharudin Md Arif selamat ditemui di Gerik, Perak pada jam 10.30 malam semalam. 

Menerusi laman Instagramnya, Zahid mengucapkan terima kasih kepada penduduk di Gerik yang memberikan maklumat mengenai bapanya. 

“Assalamualaikum. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi. Berita terkini ayah saya sudah dijumpai di Gerik jam 10.30 malam tadi.

“Terima kasih atas bantuan orang di Gerik yang memberi maklumat mengenai papa saya,” kata juara Akademi Fantasia 2, Zahid Baharudin berkenaan penemuan bapanya sebentar tadi.

 Zahid hari ini meminta bantuan masyarakat untuk mengesan bapanya, Baharudin Md Arif yang keluar dari rumah sejak jam 11.15 pagi dan tidak pulang sehingga dimaklumkan penemuannya tadi.

Bapanya menaiki kereta jenis Preve Silver bernombor plat DCS 6092, mempunyai masalah kesihatan dan masih bergantung dengan ubat serta hilang ingatan selepas terkena angin ahmar ringan tahun lepas.

Zahid mengucapkan terima kasih kepada individu bernama Rohaida Mohd Noor dan keluarga kerana membantunya.

“Papa sekarang berada di Balai Polis Gerik untuk siasatan lanjut kerana berlaku sedikit kemalangan.

“Ini disebabkan penglihatannya terhad pada waktu malam. Terima kasih kepada semua yang membantu berkongsi hantaran media sosial saya dan juga yang berdoa untuk papa saya,” katanya.

Dia juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada pihak media massa yang membantu pencarian bapanya.

“Terima kasih saudara mara di Teluk Intan yang bertungkus lumus mencari papa sehingga jumpa. Terima kasih juga pihak PDRM yang membantu. Semoga Allah SWT membalas jasa kalian semua. Syukur ya Allah.

“Memang saya tidak senang duduk sepanjang hari ini. Syukur sangat,” katanya.

 
 
 
View this post on Instagram

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi, Berita terkini ayah saya sudah dijumpai di grik pkl 10:30pm tadi . Terima kasih atas bantuan org di grik yg memberi info tentang ayah saya. Sekarang dia berada di balai polis grik untuk siasatan lanjut sebab berlaku sedikit kemalangan pada kereta ayah. Ini disebabkan penglihatan dia terhad pada waktu malam . Terima kasih pada semua yang membantu dengan share post saya dari semua sudut media sosial dan juga yang berdoa untuk ayah saya. Terima kasih juga pada pihak media Berita Harian, Kosmo Online, Harian Metro, Sinar Harian, Siakap keli, @era.je , @sinar_my , @gegar.my yang membantu pencarian ayah saya. Terima kasih saudara mara di teluk intan yang bertungkus lumus mencari ayah sampai jumpa . Terima kasih juga pihak PDRM yg membantu. Semoga Allah swt membalas jasa2 kalian semua. Syukur ya Allah.

A post shared by zahidbaharudin (@zahidbaharudin) on

Menurut Zahid, sebelum ini bapanya pernah sesat hingga ke Lumut dan mereka melarangnya keluar selepas itu.

“Tidak tahulah kenapa hari ini dia beranikan diri ambil kunci tanpa pengetahuan emak. Saya pula berada di Kuala Lumpur kerana ada program berkaitan seni.

“Jarak yang ditempuh oleh papa lebih 200 kilometer dan memang boleh dikatakan jauh,” akhirinya. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Feb 2019

Bintang Bersama Bintang 2019 tampil dengan wajah baru. Undian di Xtra bermula Mac ini!

Tahun baru, wajah baru! Nampaknya, rancangan Bintang Bersama Bintang kembali menghiburkan penonton TV3 pada tahun ini dengan menampilkan hos baru, peserta baru, juri baru dan pastinya lawak yang lebih menghiburkan penonton.

Hiburan Thu, 29 Aug 2019

Shaheizy Sam Ditegur Sebab Boroi

kadang kurus, kadang gemuk…artis juga manusia biasa.

Featured Wed, 30 Nov 2022
Hiburan Fri, 24 Jan 2020
Hiburan Fri, 23 Mar 2018

Kenapa Intan Sarafina Tinggalkan Malaysia?

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi, Intan Sarafina yang suatu ketika dulu pernah popular dengan lagu Kembali. Selepas sahaja mengikuti program realiti nyanyian tersebut, nama Intan dilihat kembali menyepi dalam dunia hiburan tanah air. Kenapa?

Events Tue, 22 Jan 2019