Para Gadis, Jangan Makan Hati…Hans Issac Mengaku Dah Ada Buah Hati!

“ Saya dah ada kekasih,” ujar penerbit terkenal, Datuk Hans Issac yang mengaku sudah bertemu pengganti.

Rancangan Datuk Hans Issac yang sepatutnya berkahwin pada 29 Julai lalu telah dibatalkan, sebelum ini.  

Namun begitu, dia masih mengunci mulut mengenai nama kekasih hatinya itu.

“ Saya belum bersedia mendedahkan identiti wanita itu kerana saya tidak akan berkongsi kisah peribadi sebelum tiba waktunya.

“ Bila tiba waktu yang sesuai, saya akan beritahu juga,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman Finalis Dewi Remaja 2018/2010.

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac pernah bertunang dengan seorang model, Gabriella Robinson namun putus di tengah jalan.

Namun, gosip percintaan Hans dan pengacara terkenal Neelofa mula bertiup kencang baru-baru ini. Kalau betul, apa salahnya kan?

 

SGMS Faida