Categories: Gaya Hidup

Jangan Cuba-Cuba ‘Chup’ Parking Kalau Tak Mahu Meringkuk Enam Bulan Dalam Penjara

Mungkin ramai yang tidak tahu, perbuatan ‘chup’ petak parkir di tempat letak kereta awam, boleh menyebabkan anda disumbat enam bulan dalam penjara.

Ianya salah di sisi undang-undang and please take note ya kerana kenyataan ini sudahpun dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi di laman Facebook rasmi mereka. 

Foto: Vocket

Menurut PDRM, di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Bahagian ‘Gangguan dan desakan menyalahi undang-undang’ menyatakan seperti berikut:

“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”

Dan di bawah Seksyen 119, penalti untuk kesalahan ini adalah denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan dan jumlah penalti serta tempoh hukuman penjara akan menjadi lebih bagi kesalahan berikutnya.

So selepas ini, jika anda berdepan dengan situasi seperti ini majukan sahaja kereta anda ke dalam parkir berkenaan kerana mereka yang menghalang kotak parkir anda tidak mempunyai kuasa untuk menghalang anda. Jika mereka masih berdegil, boleh terus buat laporan polis.

Sumber: PDRM Facebook

Yanie Baharom