BTS Dan Yuna Bakal Bergabung? Let’s Do It!

Penyanyi Yuna dan BTS masing-masing mempunyai peminat dan aura nya tersendiri. Apapun yang dilakukan oleh kedua-dua artis ini, pastinya akan mencetuskan fenomenanya tersendiri.

Jika ditanya mengenai populariti, pasti kedua-duanya sudah mempunyai peminat tersendiri bukan sahaja di Asia tetapi sehingga peringkat dunia.

Terbaharu, Yuna dilihat telah memuat naik status dilaman twitter miliknya, dengan menyatakan hasrat untuk berduet dengan kumpulan Kpop terkenal itu. 

” Saya fikir sudah tiba masanya untuk berkolaborasi dengan BTS. Apa pendapat anda? Sengaja meluahkan hasrat, Saya sudah bersedia untuk segala-galanya pada tahun 2019!”  Tulisnya

Dan, sehingga kini tweet Yuna telah mendapat lebih 30,000 tanda suka dan telah di retweet sebanyak 14 000 kali.

Sumber : Instagram @bts.bighitofficial

Untuk rekod, Yuna dan BTS saling mengikuti akaun sosial Twitter masing-masing.

Untuk rekod, BTS atau Bangtan Boys ini dianggotai oleh 7 anak muda yang berbakat iaitu, Jin, RM, J-Hope, Jimin, Jungkook dan V.

BTS pernah disenarai oleh Forbes sebagai kumpulan Kpop pertama mengungguli carta Social 50, Billboard. 

Salma Syahbuddin