Categories: Oh Lawa

Blogger Kecantikan Ini Guna Ais Kiub & Kristal Sebagai Primer Untuk Kecilkan Pori Wajah

Penulis percaya, semua dalam kalangan anda sudah tahu apa itu primer, betul tak? Seperti yang anda tahu, primer dalam rutin kecantikan adalah untuk membuat solekan wajah nampak lebih mulus dengan mengecilkan liang pori yang terdedah dan jelas kelihatan di wajah.

Biasanya, primer ini banyak dijual di butik-butik kecantikan. Penggunaannya pula dengan hanya menyapu pada keseluruhan wajah. Tapi, pernahkan anda terfikir bahawa ais dan kristal boleh digantikan sebagai primer? Macam pelik kan?

Tapi, bagi blogger kecantikan Amerika Syarikat, Ashley Blue DeFrancesco ia bukanlah sesuatu yang pelik! Ini kerana, dia sendiri merasakan ais dan kristal mampu memberi manfaat sama seperti produk primer sedia ada.

Dengan kapsyennya, “Menggunakan ais sebagai primer sekali lagi dan jujur saya katakan… IA SEMEMANGNYA BERKESAN.”

“Saya mendapat idea ini daripada ibu saya kerana dia memiliki ais kiub yang besar di dalam peti ais rumahnya. Saya masih ingat suatu ketika dahulu, ada yang pernah berkata, ais ini mampu mengecutkan liang pori di wajah.

“Setelah mencuba, kulit wajah saya menjadi lebih tegang, liang pori pun ternyata mengecil dan seperti menghilang. Solekan saya menjadi sangat mulus. I definitely think it works,” menurut Ashley.

Ashley juga memuat naik video di Instagramnya menggunakan kristal sebagai primer. Melalui video tersebut, dia akan menyimpan terlebih dahulu kristal di dalam peti sejuk dan barulah menggunakannya pada wajah.

Tip yang bagus kan? Jom kita try!

Sumber: Instagram & Stail 

tex_admin