Pasangan selebriti popular yang baru saja berkahwin tahun lepas ini dikatakan dah mula ‘demand’. Wah, betul ke ni? Memetik laporan Harian Metro, si suami nampaknya dah mula ‘bersuara’ dengan syarikat telekomunikasi yang mengambilnya sebagai duta.

Syarikat itu memang berminat untuk menyambung kontrak dengan selebriti tersebut, tapi bila disebut bayaran terkini, uishhh mahal betul wak! Alasan yang diberikan, selebriti itu bakal memasuki arena antrabangsa. Jadi bayaran pun antarabangsa la yer?

Terdahulu, selebriti kacak ini pernah menerima bayaran RM 500,000 daripada syarikat telekomunikasi itu untuk bergelar duta.

Dalam masa sama, si isteri juga dikatakan ‘sama naik’. Alamak! Kenapa pula tu?

Insiden ‘sama naik’ berlaku apabila si isteri menghubungi syarikat itu sambil marah dan mempersoalkan kenapa si suami kepenatan selepas habis menjalani penggambaran untuk syarikat telekomunikasi itu. Alahai, sabar la wak…kerja mana yang tak penat. Ye tak?

Mungkin si isteri risau si suami akan jatuh sakit kalau terlalu lama bekerja atau si isteri nak ‘tarik’ suami kesayangannya untuk sama-sama jadi duta syarikat telekomunikasi yang diwakili si isteri. Apa apa pun, kita cuba fikir positif ya. Ye lah, siapa yang tak sayang laki kan?

Ms OO