Categories: HiburanSelebritiStylo

Selepas Mengarah Filem, Nabil Keluar Jenama Pakaian Pula

Selepas berjaya menubuhkan produksinya, Nabil Ahmad Production, Nabil khabarnya mengeluarkan jenama pakaian pula. 

Jenama “Zoud” itu menekankan pakaian kasual harian, malah akan memasarkan kurta untuk dipasarkan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Nabil, 34, memberitahu pakaian jenama Zoud itu akan berada dipasaran selewat-lewatnya awal Mac ini.

“Zoud akan dipasarkan secara eksklusif di PRIMAVALET  Ostia Bangi (bersebelahan dengan Tol Bangi). Saya amat mementingkan keselesaan pemakai sebab saya ni takkan bagi orang pakai kalau saya sendiri pakai rasa tak sedap,” ujar Nabil.

Isterinya Zira, turut mengeluarkan baju kurung moden dibawah jenawam Zoud Woman.

 

 

SGMS Putri