Categories: HiburanSelebriti

Uma Thurman, Angelina Jolie “Mangsa” Gangguan Seksual Penerbit?

Nak menjadi popular bagi seseorang individu yang baharu mengenal dunia hiburan bukannya satu perjalanan yang licin. Tidak dinafikan ada berlaku gangguan seksual oleh sebilangan penerbit yang mahu mengambil kesempatan malah isu ini pernah satu ketika dahulu melanda industri perfileman tempatan cuma kisah itu tidak dipaparkan secara terbuka.

Di Hollywood masalah ini tidak terkecuali. ramai juga di antara pelakon –pelakon terkenal menghadapinya sewaktu mula melangkah ke pentas perfileman. Mungkin anda akan terkejut antara nama-nama artis terkenal yang pernah melalui gangguan seksual  seperti Angelina Jolie,  Gyneth Paltrow mahu pun pelakon Uma Thurman.

Terbaharu dalam berita yang diterbitkan oleh New York Times semalam, Uma Thurman dengan beraninya  tampil mendedahkan pengalaman gangguan seksual terhadapnya oleh penerbit  Harvey Weinstein ketika berusia 22 tahun.

Sebenarnya ini bukan cerita baharu, khabarnya Harvey Weinstein telah melakukan gangguan seksual kepada lebih 80 wanita termasuklah nama-nama artis yang disebutkan tadi. Kes skandal Harvey Weinstein yang dibongkar oleh New York Times cetus sejak Oktober tahun lalu melibatkan ramai bintang ternama yang terlibat tampil menuding jari ke arahnya.

Angeline Jolie cuma dapat berkata, dia mengalami pengalaman pahit bersama Weinstein semasa remaja. Terfikir pula apa tujuan kes skandal seks yang dah dibualkan tiga dekad lalu diperkatakan kembali? Semoga industri tempatan kita dijauhkan daripada perkara seumpama. Credit pic: USWeekly, Blogys.net

SGMS Putri