Patutlah Cantik! Kongsi Foto 3 Generasi, Kecantikan Ibu Izara Aishah Curi Perhatian

Pastinya sambutan Syawal pada tahun ini diraikan dengan cukup meriah oleh setiap masyarakat yang beragama Islam.

Malah, rata-ratanya mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Ini termasuklah,  pelakon dan model popular, Izara Aishah, 30, yang mengambil kesempatan meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama ibunya.

Namun, apa yang mencuri perhatian warganet adalah kecantikan yang dimiliki oleh tiga generasi ini termasuklah  ibu Izara yang dikenali sebagai Shafina Khalid menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik di Instagram dan Twitter milik pelakon itu.

Lengkap berbusana hitam, Shafina yang lebih mesra dengan panggilan Mama ini meraih pujian dalam kalangan warganet yang rata-ratanya terpesona dengan kecantikan yang dimilikinya.

Sementara itu, terdapat segelintir warganet yang berpendapat bahawa kecantikan yang dimiliki Izara diwarisi oleh ibunya dan kini cucu nya, Irisa Alaia.

 

Untuk rekod, Izara Aishah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Adib Khalid yang juga anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada tahun 2017.

Hasil perkahwinan selama enam tahun, pasangan ini dikurniakan dengan cahaya mata perempuan yang diberi nama Irisa Alaia yang kini berusia dua tahun.

Salma Syahbuddin