Categories: Trending

“Tak Guna Tandas Sesejuk Syurga Kalau Pakaian Sepanas Neraka..” – Samakan Tandas Dengan Syurga, Sharifah Sakinah Kena Kecam

Pelakon Sharifah Sakinah sekali lagi dikecam warganet gara-gara menyamakan tandas dengan syurga.

Perkara itu tular selepas Sakinah berkongsi sebuah video pendek di laman Instagram miliknya yang kelihatan teruja dengan dekorasi mewah tandas yang dipercayai milik kakak nya yang juga pelakon Sharifah Shahirah.

” Orang kata kat tandas banyak setan. Sejuk macam syurga tandas awak siap Ada kipas LV GUCCI,” tulisnya.

 

“Tak guna tandas sesejuk syurga kalau pakaian sepanas neraka…”

Bagaimanapun, tindakan Sakinah yang menyamakan tandas tersebut sebagai sejuk seperti syurga mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet.

Malah, ada yang meminta pelakon Aku Yang Kau Gelar Isteri ini segera bertaubat kerana disifatkan terlalu jahil dalam bab agama.

 

Salma Syahbuddin