Patutlah Cantik…Tya Arifin Kongsi Rahsianya!

Orangnya cukup cantik! Tya Arifin, pelakon kelahiran Indonesia yang merupakan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza telah memulakan perniagaan jamu.

Tya mengakui dia mengamalkan pengambilan jamu walaupun usianya masih 24 tahun. Nak cantik, kenalah mula daripada awal. Betul tak?

“ Ramai anggap jamu hanya untuk golongan berusia. Sedangkan ia boleh diamalkan oleh orang muda juga.

“ Saya dibesarkan dalam keluarga yang menyukai jamu. Kalau dulu, saya melihat sendiri ramuannya dicampur, ditumbuk dan dikisar secara tradisional, kini saya pula menghasilkan produk itu.

“ Namun, saya mengeluarkan jamu dalam bentuk cecair yang dikira memudahkan pengguna, sesuai untuk generasi sekarang,” katanya kepada BH Online.

Akui Tya, dia tidak segan menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini berikutan usianya yang masih muda.

“ Saya tidak malu untuk menjual jamu kerana percayakan pelbagai khasiat semula jadinya untuk wanita. Saya sendiri mengamalkan pengambilan jamu sejak dulu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tya sedang menantikan tayangan filem terkini lakonannya, Preman Pensiun, arahan Aris Nugraha. Ia bakal menemui penonton di pawagam Indonesia mulai 13 September depan.

Tya berkahwin dengan Asyraf pada 1 November 2015 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Arif, pada 31 Mac tahun lalu.

SGMS Faida