Patutlah Nampak Muda, Alif Satar ‘Pecah’ Rahsia Penyanyi Lama

Antara selebriti yang wajahnya tak dimakan usia, penyanyi evergreen Datuk Nassier Wahab.

Di usia 56 tahun, wajah penyanyi Memori Cinta Luka ini masih kekal macam dulu. Apa agaknya rahsia beliau ya? Manalah tahu kan, kita boleh ikut cara beliau kan… 

Untuk pengetahuan semua, penyanyi Alif Satar merupakan anak saudaranya. Menerusi Instagram Alif, dia mendedahkan bagaimana bapa saudaranya kekal tampan.

“ Ini bapa saudara saya @nassierwahab. Di sebelah kiri itu dia sedang bermain keyboard milik ayah di rumah lama saya pada 20 tahun lalu dan saya tersenyum hingga telinga.

“Pak cik Nassier ni suka baca surah Yusuf dan itu menjelaskan kenapa dia sentiasa kelihatan kacak.

“Sudah tentu salah seorang wira muzik saya ketika membesar. Terima kasih pak cik Nassier!” tulis Alif menerusi Instagram miliknya.

Alif juga ada memuat naik perbandingan foto bersama Nassier ketika 20 tahun yang lalu dan terkini.

Rata-rata pengikut di laman sosialnya turut bersetuju melihat wajah Nassier yang tidak banyak berubah dan kelihatan muda.

Dalam pada itu, Alif juga mendedahkan bapa saudaranya itu selalu mengamalkan surah Yusuf sejak dahulu lagi. Patutlah masih tampan, untuk anda di luar sana rajin-rajin praktikkan ya!

SGMS Faida